Friday, October 30, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nama penuh saya Jamaluddin Jein atau lebih dikenali sebagai Adek. Kerjaya saya bermula sebagai tukang masak selama 20 tahun. Sambil-sambil itu saya sering mengikuti bengkel-bengkel yang berkaitan dengan andaman dan solekan. Lama-kelamaan minat itu datang sendiri. Pada mulanya saya hanya menyolek teman-teman rapat saya sahaja dan alhamdulillah ianya mendapat respon yang positif. Maka sejak dari itu andaman menjadi kerjaya sambilan selama 6 tahun di Kedah....Dari situlah bermulanya detik kerjaya saya...




Pada Jun 2008, saya berhenti kerja dan pulang ke Perak dan menjalankan perniagaan Butik Pengantin di rumah sahaja. Pada mulanya saya berasa amat tertekan kerana tiada sambutan dan pada 22 November 2008 saya telah dipelawa untuk menyertai Kelab Usahawan PID Parit untuk menyertai Karnival anjuran PID Parit. Ibarat kata orang...pujuk dicita ulam mendatang...saya mengambil peluang ini sepenuhnya dan saya yakin ianya merupakan jalan untuk saya mengembangkan perniagaan saya. Alhamdulillah selepas itu sambutan yang saya terima amat menggalakkan sehingga sekarang penerimaan masyarakat setempat amat memuaskan....PID telah merealiasasikan IMPIAN saya...



Set Meja Makan Pengantin


Thursday, October 29, 2009

Make Up Pengantin

Wajah Selepas




Wajah Sebelum

Set Pelamin




 

Template Design By:
SkinCorner